Ayat pengasih
Ayat Pengasih merupakan ayat yang dibacakan atas tujuan untuk memberi
orang lain suka kepada diri yang membacanya tak kira dari segi hubungan
atau layanan mereka terhadap pengamal ayat pengasih ini.
Ianya bertujuan untuk memberikan orang lain suka atau menjadi senang
apabila berhadapan dengan orang yang mengamalkan ilmu pengasih ini.
Ianya banyak diamalkan oleh orang yang mempercayai ilmu karut namun ada
juga diamalkan oleh sesetengah orang yang kuat agamanya, kerana Ayat
pengasih ini terdapat dua kategori iaitu jenis yang haram diamalkan dan
ada juga jenis yang halal diamalkan mengikut syarat, syarat yang
ditetapkan oleh agama.
Kepercayaan
Ayat pengasih merupakan kepercayaan bagi sesetengah orang yang
mengamalkannya bertujuan untuk sebab-sebab tertentu yang selalunya
dikaitkan dengan perkara tidak baik, namun tidak semua kepercayaan ini
dikategorikan tidak baik kerana ianya ada juga dikaitkan dengan ayat
diambil daripada Al-quran yang merupakan kitab turun-temurun bagi orang
islam.
bagi kepercayaan karut pula banyak diamalkan ayat yang songsang
daripada ajaran islam iaitu dengan memuja syaitan dan jin yang boleh
menyesatkan. kerana ayat yang diamalkan adalah dilarang sekali didalam
agama islam
Hukum beramal ayat pengasih
Auf bin Malik berkata: Kami pernah menggunakan jampi mentera ketika
jahiliah dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah saw, apa pendapat
tuan tentang perkara ini? Baginda menjawab: Kemukakan pada ku mentera
kamu itu. (Kemudian dibacakan mentera itu oleh sahabat). Baginda
menjawab: Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi
syirik. Rasulullah saw juga membenarkan seorang sahabat yang berdoa
bukan dari sumber al Quran, asalkan kalimatnya tidak bercanggah dengan
syara'.
Berdasarkan kaedah fiqh “al aslu fi al ashya' ibahah”, maka hukum
asal sesuatu perkara adalah harus, selagi tiada perkara yang melanggar
syariat dilakukan. Sebagai contoh, seseorang menggunakan doa pengasih
untuk tujuan disayangi oleh majikan & mendapat kedudukan yang baik
dalam syarikat, maka ia adalah dibolehkan, namun jika diamalkan hanya
untuk nafsu, membalas dendam, dengki, amalan tersebut adalah menyalahi
syariat Islam, maka hukumnya adalah dilarang.(Haram
Ayat/doa pengasih yang harus (boleh diamalkan)
terdapat beberapa batas islam yang melarang penggunaan ayat pengasih
ini antaranya ialah Ayat itu tidak mengandungi maksud yang menyalahi
akidah Islam, Pengamalannya tidak bercanggah dengan hukum syara'(Contoh-
mewajibkan pengamalnya membaca ayat pengasih didepan kubur),Meminta
pertolongan dari Allah sahaja & bukan dari selainNya, seperti pada
manusia, binatang, objek penyembahan orang kafir dan seumpamanya, Ayat
pengasih yang tidak ditulis di atas kertas, & perlu di bawakemana
mana oleh pengamalnya, selagi di bawa, selagi itulah orang sayang
padanya- Ia seolah olah tangkal,Tidak menyeru atau memuja kalimah atau
nama-nama yang tidak difahami maknanya, yang terdiri daripada nama iblis
dan syaitan atau sembahan orang
kafir.
Persediaan sebelum mengamalkan ayat pengasih
Nasihat ini ditujukan kepada orang yang ingin mengamalkan doa khusus
untuk mencari kekasih. Sebelum anda mula mengamalkan ayat ini, eloklah
anda periksa diri anda sama ada perkara di bawah ada dalam diri atau
tidak :
Iktikad Yang Betul
YAKIN bahawa setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Ini
merupakan perkara terpenting sebelum anda mengamalkan ayat pengasih.
Anda mestilah meyakini bahawa setiap perkara yang terhasil selepas
mengamalkannya adalah kerana kekuasaanNya. Bukan kehebatan atau
keampuhan ayat pengasih, meskipun ia adalah petikan dari al Quran. Ayat
tersebut tidak mempunyai apa-apa seperti kuasa, ia hanyalah “makhluk”
seperti anda. Jika gagal memahami konsep ini dengan teliti,
berkemungkinan akidah boleh tergugat. Cuma usaha anda untuk berdoa
dengan ayat pengasih ini sahaja membuatkan Allah memakbulkan doa anda,
atas kehendakNya.
Amalan ayat pengasih disertakan dengan keyakinan ianya adalah
kehendak Allah yang menentukan segalanya akan memberikan hasil yang baik
dan diredhai Allah, umpama anda sedang berdoa dengan bersungguh-sungguh
dengan mengamalkan bacaan ayat tersebut dengan harapan Allah akan
memakbulkan doa anda.